Saturday 26 June 2010

KALANGAN ULAMAK MENYOKONG UMNO

Tatkala banyak Bahagian UMNO sedang menjalankan Persidangan Agung, terselit satu peristiwa yang diserikan dengan penyertaan 40 orang ulamak-ulamak muda yang berkelayakan bidang agama. Dikhabarkan juga penyertaan ulamak-ulamak muda ini juga disertai bersama Dr Mohd Asri Zainal Abidin (MAZA) mantan Mufti Perlis. Kemasukan yang mengejutkan ini tentunya akan membawa satu perubahann yang besar kepada UMNO khususnya dalam pelaksanaan program2 atau idealisme berkaitan Islam. Kalangan ulamak-ulamak muda ini dikatakan akan menjadi barisan penasihat kepada UMNO.
Dalam masa UMNO difitnahkan kerana meluluskan Pertaruhan (judi) Bola, tiba-tiba 40 orang ulamak dari kalangan orang muda menerjah dengan borang keahlian UMNO. Pelik...tetapi itulah kebenarannya. Apakah kebenaran yang dimaksudkan itu?

"Saya berharap ini sebagai satu titik permulaan kepada lebih ramai lagi cendekiawan Islam untuk menyertai dan menyokong perjuangan UMNO," katanya. Perdana Menteri berkata penyertaan itu membuktikan dasar perjuangan UMNO dalam menegakkan syiar Islam di negara ini diiktiraf oleh golongan berkenaan.


"Saya mewakili kumpulan ulama muda untuk bekerjasama dengan Umno dalam perkara-perkara keagamaan dan kerohanian.
"Kami banyak buat perbincangan, kami dapati satu perkara positif untuk menyertai Umno bagi menggerakkan usaha -usaha untuk berdakwah.
"Kami berusaha untuk menegakkan kebenaran berasaskan kepada alQuran, hadith dan pandangan ulama muktabar," kata Fadlan yang dalam proses mendapatkan PhD dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd Othman berkata tujuan beliau dan 39 lagi ulama muda menyertai Umno malam ini adalah untuk membantu kerja-kerja dakwah dalam parti itu.
http://malaysiakini.com/news/135605


Kini telah nyata bahawa UMNO lebih banyak memperjuangkan Islam dari sudut pelaksanaan dan pentadbiran. Jika sebelum ini banyak sangat pemimpin-pemimpin ulamak PAS mengkafirkan ahli-ahli UMNO, tetapi hari ini Allah SWT telah menunjukkan pada semua rakyat Malaysia bahawa UMNO sebagai parti keramat yang sebenarnya memperjuangkan Islam dan memberi peluang kepada rakyat lain untuk memahami Islam. Sebaiknya PAS mencontohi UMNO dalam pendekatan pelaksanaan Islam. Bukannya menjadikan DAP sebagai penasihat PAS melaksanakan Islam.

Wednesday 23 June 2010

RMK 10 Tumpuan Pada Golongan Belia Negara


Saranan dari Ahli Parlimen Jerai Mohd Fairus Jaafar supaya kerajaan menyediakan peruntukan yang khusus bagi pembangunan akhlak golongan belia sepatutnya disambut baik oleh semua pihak. Saranannya baik sekali kerana golongan ini banyak dilihat sebagai tsunami yang banyak mendatangkan kerosakan dalam masyarakat.

Kerajaan Negeri Kedah sepatutnya menjadikan nasihat dari YB Jerai ini untuk dilaksanakan secepat yang mungkin. Mengapa tunggu sehingga RMK10? Mengapa Kerajaan Pas sendiri tidak mulakan bagi merealisasikan 'cadangan murni' YB Jerainya. Apatah lagi MB pun dari Daerah Yan dimana terletaknya Gunung Jerai yang telah diperindahkan oleh Kerajaan PAS selepas mengambil alih, serta menjadi kawasan sunyi yang paling strategik untuk dara dan teruna Daerah Yan khususnya untuk memadu kasih di puncak Jerai. Hebatkan!!!? Kerana kesedaran inilah maka YB Jerai cuba mencari 'keperluan' dari Kerajaan Persekutuan supaya dana khusus dapat disalurkan nanti untuk beliau membersihkan maksiat yang telah tersilap diberi laluan oleh Kerajaan PAS melalui MBnya.

Atau mungkinkah YB Jerai juga sudah terkejut dengan insiden pelajar wanita yang mati mengejut di resort dalam Negeri Kelantan Serambi Mekah. sedangkan pelajar itu adalah dari pelajar sekolah agama yang mendapat bantuan penuh dari Kerajaan PAS yang memperjuangkan Islam. Manakala sekolah agama terbabait juga tentunya sudah mendapat restu dan pengiktirafan dari Mursyidul Am PAS sebagai sekolah yang mendokong saranannya untuk mencegah kekufuran manusia dalam agama Islam.
Satu lagi yang menarik juga ialah saranan YB Jerai yang mahukan kuota imam muda dari kalangan 'hafiz' ditambah di masjid-masjid. Juga sebenarnya satu saranan yang mulia apabila beliau menyedari bahawa Kerajaan PAS Negeri Kedah sudah ketinggalan dengan apa yang telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat bahawa rakyat yang hafaz Al-Quran akan diberikan RM2000 sebulan. Tetapi jika Kerajaan Negeri mahu menambah elaun tersebut memanglah dialu-alukan. Kerana ia akan mampu menarik golongan belia remaja ke masjid.
Jadi tidak ada salahnya cadangan dari YB Jerai, kerana beliau perihatin dengan kesejahteraan rakyat tetapi kurang reti dengan masalah Kerajaan PAS Negeri Kedah yang lembab. Tahniah!!!

Monday 21 June 2010

Dr MAZA Akan Sertai UMNO

Sudah riuh 1Malaysia Dr Maza akan menyertai umno. benarkah begitu? mesti ramai yang tertunggu-tunggu kata putus dari Dr Maza ini. pasti ramai juga yang sedang bersedia untuk 'bang' penceramah yang tidak menerima tauliah pas selangor. walau apa sekalipun keputusan yang akan dinyatakan dengan seikhlasnya oleh Dr Maza ini akan membawa satu lagi transformasi dalam arena politik. penyokong2, pemimpin2 dan bloggers pas dah tentu sedang mengasah jari dan lidah untuk memfitnah Dr Maza. itulah sikap orang pas. yang suka depa, akan disanjung walaupun dari kafir yang sudah diharamkan oleh pas. tapi yang membangkang mereka akan diludah dengan pelbagai fitnah yang akhirnya akan membuatkan nekajis meradang penat kerana amarah pada fitnah yang dimulakan sendiri oleh bloggers pas.
Bagaimanapun, syabas kepada Dr Maza yang memilih umno sebagai sahabat untuk beliau bersama-sama mengembangkan pengertian Islam sebenar dalam negara yang menjalankan demokrasi secara islam ini. keyakinan Dr Maza pasti akan dianggap racun oleh pemimpin-pemimpin pas yang sebenarnya bukan berpolitik untuk mengembangkan Islam tetapi hanya nak bagi laku bisnes mereka sahaja.

Sunday 6 June 2010


Selamat pulang kepada semua Sukarelawan Malaysia yang telah selamat dari kekejaman Israel dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Tahniah kepada Kerajaan Malaysia yang berupaya membawa kesemua sukarelawan tersebut pulang ke tanahair.
http://jaringanrakyat.blogspot.com/2010/06/sambutan-hari-keputeraan-dymm-yang.html
http://jaringanrakyat.blogspot.com/2010/06/gaza-penyatuan-umno-dan-pas-untuk.html

Kekejaman yang dilakukan oleh Israel kepada kapal-kapal bantuan Gaza dilihat sebagai sikap sebenar israel pada masyarakat dunia. Sikap yang tiada menghormati kepada demokrasi sejagat. Israel menganggap misi keamanan dan bantuan yang dibawa adalah untuk mengganggu penguasaan mereka ke atas rakyat Palestin.
Bagaimanapun satu perkara yang amat jelas dilihat, bila diselidiki kapal-kapal dan sukarelawan-sukarelawan yang ditahan israel itu adalah dari kalangan rakyat malaysia. Samada benar atau tidak salah satu kapal bantuan itu ditaja oleh Mantan PM Malaysia, Tun Mahathir. Manakala antara sukarelawan-sukarelawan pula selain dari 2 orang wartawan astro, adalah dari ahli-ahli UMNO dan PAS yang mempunyai semangat untuk membantu masyarakat Islam di Palestin.
Disini telah jelaslah bahawa demi masyarakat Islam makanya pandangan politik yang berbeza telah dibuang hanyut ke laut atau mungkin ditinggalkan sementara di Selat Teberau. Demi masyarakat Islam Palestin sukarelawan UMNO PAS ini telah bersama melihat kekejaman zionis yang langsung tidak menghormati hak asasi manusia.
Harapannya disini, jadikanlah misi kemanusiaan itu sebagai satu pentunjuk dan iktibar yang cukup sempurna apabila menilai kepada kemakmuran negara Malaysia hari ini. Apakah Allah SWT mahu menjadikan pengajaran kepada kita umat Islam di Malaysia? Sudah tiba masanya haluan yang berbeza ini disatukan kepada satu arah...."Islam adalah agama rasmi Malaysia dan agama lain tidak dilarang untuk dianuti".
Alhamdulillah...dengan jaringan diplomatik yang baik antara negara Malaysia-Jordan, maka sukarelawan-sukarelawan Islam ini dapat kembali dengan selamat. Insyaallah....
Dicatat oleh pemudajr di 6/05/2010 10:46:00 PM