Saturday 31 July 2010

PROGRAM JUARA RAKYAT JALINAN ORANG MUDA 1 FELDA

Y.Bhg. Dato' Hj Md Rozai bin Shafian menyambut ketibaan YB Dato' Ahmad Maslan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Program Juara Rakyat Jalinan Orang Muda 1 Felda yang telah dilaksanakan pada 31hb. Julai 2010 bertempat d Dewan Komuniti Sungai Tiang telah menghimpunkan semua golongan masyarakat Felda Sungai Tiang khususnya golongan muda untuk hadir bersama menjayakan program yang dilaksankan oleh kerajaan Malaysia. Kehadiran Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri disambut dengan kompang dan barisan golongan muda yang telah menanti selepas solat Asar. Selain itu tetamu jemputan dihidangkan dengan lagu Selawat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW yang dipersembahkan oleh golongan puteri dari Felda Sungai Tiang. Kehadiran YB Dato Ahmad Maslan bukan setakat untuk menyampaikan pokok sebenar isu semasa tetapi beliau mengajak golongan Felda untuk melakukan perubahan bagi menjayakan Konsep 1 Malaysia dan mencapai matlamat negara maju dalam Wawasan 2020.

Saturday 26 June 2010

KALANGAN ULAMAK MENYOKONG UMNO

Tatkala banyak Bahagian UMNO sedang menjalankan Persidangan Agung, terselit satu peristiwa yang diserikan dengan penyertaan 40 orang ulamak-ulamak muda yang berkelayakan bidang agama. Dikhabarkan juga penyertaan ulamak-ulamak muda ini juga disertai bersama Dr Mohd Asri Zainal Abidin (MAZA) mantan Mufti Perlis. Kemasukan yang mengejutkan ini tentunya akan membawa satu perubahann yang besar kepada UMNO khususnya dalam pelaksanaan program2 atau idealisme berkaitan Islam. Kalangan ulamak-ulamak muda ini dikatakan akan menjadi barisan penasihat kepada UMNO.
Dalam masa UMNO difitnahkan kerana meluluskan Pertaruhan (judi) Bola, tiba-tiba 40 orang ulamak dari kalangan orang muda menerjah dengan borang keahlian UMNO. Pelik...tetapi itulah kebenarannya. Apakah kebenaran yang dimaksudkan itu?

"Saya berharap ini sebagai satu titik permulaan kepada lebih ramai lagi cendekiawan Islam untuk menyertai dan menyokong perjuangan UMNO," katanya. Perdana Menteri berkata penyertaan itu membuktikan dasar perjuangan UMNO dalam menegakkan syiar Islam di negara ini diiktiraf oleh golongan berkenaan.


"Saya mewakili kumpulan ulama muda untuk bekerjasama dengan Umno dalam perkara-perkara keagamaan dan kerohanian.
"Kami banyak buat perbincangan, kami dapati satu perkara positif untuk menyertai Umno bagi menggerakkan usaha -usaha untuk berdakwah.
"Kami berusaha untuk menegakkan kebenaran berasaskan kepada alQuran, hadith dan pandangan ulama muktabar," kata Fadlan yang dalam proses mendapatkan PhD dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd Othman berkata tujuan beliau dan 39 lagi ulama muda menyertai Umno malam ini adalah untuk membantu kerja-kerja dakwah dalam parti itu.
http://malaysiakini.com/news/135605


Kini telah nyata bahawa UMNO lebih banyak memperjuangkan Islam dari sudut pelaksanaan dan pentadbiran. Jika sebelum ini banyak sangat pemimpin-pemimpin ulamak PAS mengkafirkan ahli-ahli UMNO, tetapi hari ini Allah SWT telah menunjukkan pada semua rakyat Malaysia bahawa UMNO sebagai parti keramat yang sebenarnya memperjuangkan Islam dan memberi peluang kepada rakyat lain untuk memahami Islam. Sebaiknya PAS mencontohi UMNO dalam pendekatan pelaksanaan Islam. Bukannya menjadikan DAP sebagai penasihat PAS melaksanakan Islam.

Wednesday 23 June 2010

RMK 10 Tumpuan Pada Golongan Belia Negara


Saranan dari Ahli Parlimen Jerai Mohd Fairus Jaafar supaya kerajaan menyediakan peruntukan yang khusus bagi pembangunan akhlak golongan belia sepatutnya disambut baik oleh semua pihak. Saranannya baik sekali kerana golongan ini banyak dilihat sebagai tsunami yang banyak mendatangkan kerosakan dalam masyarakat.

Kerajaan Negeri Kedah sepatutnya menjadikan nasihat dari YB Jerai ini untuk dilaksanakan secepat yang mungkin. Mengapa tunggu sehingga RMK10? Mengapa Kerajaan Pas sendiri tidak mulakan bagi merealisasikan 'cadangan murni' YB Jerainya. Apatah lagi MB pun dari Daerah Yan dimana terletaknya Gunung Jerai yang telah diperindahkan oleh Kerajaan PAS selepas mengambil alih, serta menjadi kawasan sunyi yang paling strategik untuk dara dan teruna Daerah Yan khususnya untuk memadu kasih di puncak Jerai. Hebatkan!!!? Kerana kesedaran inilah maka YB Jerai cuba mencari 'keperluan' dari Kerajaan Persekutuan supaya dana khusus dapat disalurkan nanti untuk beliau membersihkan maksiat yang telah tersilap diberi laluan oleh Kerajaan PAS melalui MBnya.

Atau mungkinkah YB Jerai juga sudah terkejut dengan insiden pelajar wanita yang mati mengejut di resort dalam Negeri Kelantan Serambi Mekah. sedangkan pelajar itu adalah dari pelajar sekolah agama yang mendapat bantuan penuh dari Kerajaan PAS yang memperjuangkan Islam. Manakala sekolah agama terbabait juga tentunya sudah mendapat restu dan pengiktirafan dari Mursyidul Am PAS sebagai sekolah yang mendokong saranannya untuk mencegah kekufuran manusia dalam agama Islam.
Satu lagi yang menarik juga ialah saranan YB Jerai yang mahukan kuota imam muda dari kalangan 'hafiz' ditambah di masjid-masjid. Juga sebenarnya satu saranan yang mulia apabila beliau menyedari bahawa Kerajaan PAS Negeri Kedah sudah ketinggalan dengan apa yang telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat bahawa rakyat yang hafaz Al-Quran akan diberikan RM2000 sebulan. Tetapi jika Kerajaan Negeri mahu menambah elaun tersebut memanglah dialu-alukan. Kerana ia akan mampu menarik golongan belia remaja ke masjid.
Jadi tidak ada salahnya cadangan dari YB Jerai, kerana beliau perihatin dengan kesejahteraan rakyat tetapi kurang reti dengan masalah Kerajaan PAS Negeri Kedah yang lembab. Tahniah!!!

Monday 21 June 2010

Dr MAZA Akan Sertai UMNO

Sudah riuh 1Malaysia Dr Maza akan menyertai umno. benarkah begitu? mesti ramai yang tertunggu-tunggu kata putus dari Dr Maza ini. pasti ramai juga yang sedang bersedia untuk 'bang' penceramah yang tidak menerima tauliah pas selangor. walau apa sekalipun keputusan yang akan dinyatakan dengan seikhlasnya oleh Dr Maza ini akan membawa satu lagi transformasi dalam arena politik. penyokong2, pemimpin2 dan bloggers pas dah tentu sedang mengasah jari dan lidah untuk memfitnah Dr Maza. itulah sikap orang pas. yang suka depa, akan disanjung walaupun dari kafir yang sudah diharamkan oleh pas. tapi yang membangkang mereka akan diludah dengan pelbagai fitnah yang akhirnya akan membuatkan nekajis meradang penat kerana amarah pada fitnah yang dimulakan sendiri oleh bloggers pas.
Bagaimanapun, syabas kepada Dr Maza yang memilih umno sebagai sahabat untuk beliau bersama-sama mengembangkan pengertian Islam sebenar dalam negara yang menjalankan demokrasi secara islam ini. keyakinan Dr Maza pasti akan dianggap racun oleh pemimpin-pemimpin pas yang sebenarnya bukan berpolitik untuk mengembangkan Islam tetapi hanya nak bagi laku bisnes mereka sahaja.

Sunday 6 June 2010


Selamat pulang kepada semua Sukarelawan Malaysia yang telah selamat dari kekejaman Israel dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Tahniah kepada Kerajaan Malaysia yang berupaya membawa kesemua sukarelawan tersebut pulang ke tanahair.
http://jaringanrakyat.blogspot.com/2010/06/sambutan-hari-keputeraan-dymm-yang.html
http://jaringanrakyat.blogspot.com/2010/06/gaza-penyatuan-umno-dan-pas-untuk.html

Kekejaman yang dilakukan oleh Israel kepada kapal-kapal bantuan Gaza dilihat sebagai sikap sebenar israel pada masyarakat dunia. Sikap yang tiada menghormati kepada demokrasi sejagat. Israel menganggap misi keamanan dan bantuan yang dibawa adalah untuk mengganggu penguasaan mereka ke atas rakyat Palestin.
Bagaimanapun satu perkara yang amat jelas dilihat, bila diselidiki kapal-kapal dan sukarelawan-sukarelawan yang ditahan israel itu adalah dari kalangan rakyat malaysia. Samada benar atau tidak salah satu kapal bantuan itu ditaja oleh Mantan PM Malaysia, Tun Mahathir. Manakala antara sukarelawan-sukarelawan pula selain dari 2 orang wartawan astro, adalah dari ahli-ahli UMNO dan PAS yang mempunyai semangat untuk membantu masyarakat Islam di Palestin.
Disini telah jelaslah bahawa demi masyarakat Islam makanya pandangan politik yang berbeza telah dibuang hanyut ke laut atau mungkin ditinggalkan sementara di Selat Teberau. Demi masyarakat Islam Palestin sukarelawan UMNO PAS ini telah bersama melihat kekejaman zionis yang langsung tidak menghormati hak asasi manusia.
Harapannya disini, jadikanlah misi kemanusiaan itu sebagai satu pentunjuk dan iktibar yang cukup sempurna apabila menilai kepada kemakmuran negara Malaysia hari ini. Apakah Allah SWT mahu menjadikan pengajaran kepada kita umat Islam di Malaysia? Sudah tiba masanya haluan yang berbeza ini disatukan kepada satu arah...."Islam adalah agama rasmi Malaysia dan agama lain tidak dilarang untuk dianuti".
Alhamdulillah...dengan jaringan diplomatik yang baik antara negara Malaysia-Jordan, maka sukarelawan-sukarelawan Islam ini dapat kembali dengan selamat. Insyaallah....
Dicatat oleh pemudajr di 6/05/2010 10:46:00 PM

Tuesday 18 May 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN CEK BANTUAN KEPADA PPK PENDANG


Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd. Johari Baharum menyampaikan cek bantuan kepada Pengurus PPK Pendang Selatan, Ahmad Majid (kanan) sambil diperhatikan oleh Ketua UMNO Bahagian Pendang Dato' Paduka Hj. Md. Rozai Shafian (kiri) di Pendang

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0519&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_19.htm&arc=hive

Keperihatinan kerajaan dalam menunaikan tanggungjawab kepada rakyat tanpa mengambil kira bangsa dan pandangan politik diterjemahkan melalui penyampaian bantuan kepada semua ahli PPK (MADA) Kawasan Pendang.

Bersediakah BN Kedah?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm


KEKALUTAN yang berlaku dalam arena politik negara berikutan satu demi satu pilihan raya kecil diadakan serta 'penghijrahan' ahli-ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) berlanjutan pula di Kedah.
Ia berikutan timbulnya khabar angin Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah akan dibubarkan. Segalanya berpunca daripada berita kononnya empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PKR dan DAP dijangka keluar parti.
Mereka ialah S.Manikumar (PKR-Bukit Selambau), Tan Chow Kang (PKR-Sidam), Lim Soo Nee (PKR-Kulim) dan Lim Guan Aik (DAP-Kota Darulaman).
Namun begitu ia baru sahaja khabar angin semata-mata. Jika kesemua mereka hadir di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, pada Sabtu ini maka sahlah khabar angin itu.
Adalah tidak munasabah jika kesemua mereka hendak mengumumkan keluar parti di hadapan penyokong sendiri.
Tambahan pula Chow Kang sudah mengesahkan bahawa mereka akan memberikan ceramah khas untuk memberikan gambaran sebenar tentang apa yang berlaku.
Oleh itu, jelaslah pembubaran DUN yang digembar-gemburkan hanyalah khabar angin. Tetapi persoalan yang lebih besar ialah siapakah sebenarnya yang inginkan keadaan itu berlaku?
Adakah ia agenda Barisan Nasional (BN) atau lebih tepat lagi UMNO? Atau suasana tersebut sengaja diwujudkan oleh pembangkang semata-mata untuk mengejutkan wakil rakyat mereka yang berhasrat melompat parti?
Memanglah di atas kertas kedudukan kerajaan negeri yang dianggotai oleh Pas, PKR dan DAP tidaklah sekukuh mana. Ketika ini mereka memerintah dengan kelebihan empat kerusi sahaja.
Daripada 36 kerusi DUN di Kedah, Pas mempunyai 16 kerusi, PKR (3 kerusi), DAP (1 kerusi), BN (14 kerusi) dan Bebas (2 kerusi).
Jika empat ADUN PKR dan DAP keluar parti dengan menjadi bebas ertinya, Pas tinggal keseorangan.
Dengan berada kedudukan itu, ia bermakna Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak tiada sokongan majoriti dalam DUN. Justeru cara terbaik ialah membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihan raya negeri diadakan.
Tetapi semua itu hanyalah sekadar ramalan. Apa yang pasti kerajaan negeri Kedah ketika ini masih stabil.
Selain itu, persoalan juga timbul apakah BN benar-benar sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya tersebut jika ia diadakan?
Dalam pertemuan penulis dengan beberapa pihak di Kedah, minggu lalu. Laluan BN untuk merampas kembali tampuk pemerintahan negeri bukanlah mudah.
Malahan senario politik yang berlaku pada masa ini boleh dianggap segalanya berkemungkinan. Walaupun rata-rata rakyat Kedah menyedari bahawa negeri itu tidaklah semaju mana di bawah pakatan pembangkang dan banyak janji pilihan raya tidak ditunaikan tetapi sindrom 'biaqla (biarlah) Pas perintah' seolah-olah menjadi halangan terbesar kepada BN
''Sebenarnya kalau pun diadakan pilihan raya, susah nak cakap sapa nak menang. Walaupun kerajaan negeri nampak ada masalah, BN pun masih belum bangkit lagi,'' kata seorang pemimpin UMNO bahagian kepada penulis.
Jika keputusan pilihan raya umum lalu dikaji, kita akan mendapati kenyataan tersebut ada benarnya.
Selain terdapat sekurang-kurangnya 11 kawasan yang mencatatkan majoriti di bawah 1,000 undi. Terdapat juga kerusi yang peluang bagi kedua-dua pihak adalah 50-50, biarpun perolehan majoriti undi agak besar.
Pada masa yang sama terdapat hanya 13 kawasan sahaja yang dianggap 'selamat' atau peluang cerah bagi BN atau pakatan menang. Daripada jumlah itu, sembilan adalah milik BN dan empat milik Pas.
Bagaimanapun semua itu adalah perkiraan di atas kertas. Dalam soal ini, BN tidak boleh terlalu yakin kerana sudah terbukti dalam pilihan raya lalu banyak kawasan yang sebelum ini dianggap kawasan tradisi BN ditawan oleh pembangkang.
Satu sumber memberitahu penulis, laluan BN untuk kembali memerintah juga agak sukar memandangkan kemelut-kemelut yang masih lagi berlanjutan di peringkat bahagian-bahagian.
''Memanglah dari segi bersedia, semua parti akan bercakap dah sedia tetapi soal lebih penting boleh menang atau tidak,'' kata seorang lagi penyokong kuat BN.
Mungkin kenyataan seumpama ini tidak begitu disenangi oleh BN tetapi ia adalah hakikat. Pentadbiran kerajaan negeri Kedah bukannya tidak ada masalah, banyak isu yang berlaku.
Ia termasuklah dakwaan bagaimana beberapa ketua pegawai eksekutif yang menerajui syarikat milik kerajaan negeri digugurkan atas alasan yang boleh dipersoalkan.
Begitu juga dengan dakwaan pentadbiran Azizan gagal untuk melunaskan banyak janji-janji yang dibuat dalam pilihan raya umum lalu.
Malahan walaupun sudah masuk tahun kedua pemerintahan, kerajaan negeri Kedah masih gagal menunjukkan ke arah mana negeri jelapang padi itu akan dibawa. Apa yang kerap didengar hanyalah slogan Kedah Sejahtera.
Tetapi malangnya, jentera BN dan UMNO tidak memainkan peranan aktif bagi memanipulasikannya.
Kesudahannya, pentadbiran kerajaan negeri dilihat elok-elok belaka, sedangkan kalau dilihat dengan lebih mendalam terlalu banyak masalah yang boleh disifatkan peluang terbaik untuk BN kembali meraih sokongan rakyat.
Namun BN tidak melakukan itu semua. Kekalahan di dalam pilihan raya umum seolah-olah belum menyedarkan UMNO negeri itu bahawa mereka perlu bangkit untuk menamatkan penguasaan pakatan pembangkang di Kedah.
Di peringkat bahagian-bahagian tiada aktiviti dilakukan bagi memperkukuhkan kembali sokongan rakyat. Sebaliknya apa yang terjadi sehingga ke hari ini, masih terdengar kisah-kisah politiking yang memualkan sesama sendiri.
Begitu juga tiada usaha dilakukan bagi menonjolkan pemimpin pelapis biarpun ramai yang mengetahui bahawa sebahagian besar pemimpin BN Kedah yang ada sekarang semakin ditolak oleh rakyat.
Oleh itu, daripada BN Kedah begitu teruja menanti kalau-kalau DUN dibubarkan, adalah lebih baik jika mereka bertanya sesama sendiri sejauh manakah persiapan mereka bagi menghadapi pilihan raya dan sejauh mana pula kekuatan bagi merampas kembali Kedah daripada pembangkang.
Hakikatnya, gabungan pembangkang di Kedah tidaklah sekuat mana. Keyakinan di kalangan pemimpin sendiri pun sudah goyah sebab itulah dua wakil rakyat mereka menjadi ADUN bebas.
ini belum lagi mengambil kira apa yang berlaku di dalam PKR di peringkat pusat. Tetapi semua itu tidak akan memberikan apa-apa manfaat kepada BN Kedah, jika mereka terus diulit mimpi dan tidak melakukan sesuatu untuk mendekati rakyat.
Apa yang perlu difahami, dalam senario politik sekarang segala-galanya boleh terjadi termasuklah juga Kedah tidak mustahil menerima nasib seperti mana di Kelantan yang terus dikuasai oleh Pas, biarpun pentadbiran kerajaan negeri mempunyai seribu satu kelemahan. Segalanya bukan kerana pembangkang kuat tetapi disebabkan BN tidak mahu menang.

Thursday 13 May 2010

Hari Potensi Kanak-Kanak Kemas Parlimen Pendang 2010


Program ini dijalankan dengan jayanya di Dewan Majlis Daerah Pendang . Kehadiran Dato Paduka Md Rozai Safian Ketua UMNO Bahagian Pendang untuk merasmikan serta menyampaikan hadiah kepada kanak-kanak . Tahniah Kemas dan Dato Ketua Bahagian.

Silalah lawati laman berikut untuk melihat gambar program

www.flickr.com/umnopendang

Wednesday 12 May 2010

Berpaksikan kepentingan rakyat

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0512&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

KUALA LUMPUR 11 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru seluruh lapisan kepimpinan dan ahli UMNO supaya menjadikan parti itu sebagai sebuah entiti politik yang berpaksikan kepentingan rakyat.


Dalam nada tegas, Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri mengingatkan mereka supaya tidak leka dalam perjuangan sehingga parti itu dianggap oleh rakyat jelata hanya memperjuangkan kelompok kecil kumpulan yang berkepentingan sahaja.

Katanya, demi menjadikan UMNO dekat di hati rakyat, para pemimpinnya mesti mengatur program untuk rakyat pada setiap masa dan bukannya secara bermusim menjelang pilihan raya sahaja.

"Sekarang inilah kita mesti tunjuk sebagai pemimpin, kita adalah pemimpin yang sentiasa berjuang untuk kepentingan rakyat pada sepanjang masa.

"Inilah UMNO yang mesti dijadikan jati diri kepada kita semua. Kerana sayang kepada UMNO kita patut dan sanggup berjuang berhabis-habisan, kerana sayang kepada UMNO kita mesti menjadi pejuang yang jati, dekat di hati rakyat dan sentiasa memperjuangkan kepentingan rakyat," katanya.

Beliau membuat pesanan berkenaan sewaktu menyampaikan ucapan pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-64 UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Hadir sama Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kepimpinan tertinggi UMNO termasuk Naib-Naib Presiden, ketua-ketua sayap Pemuda, Wanita dan Puteri serta ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT).

Dalam perkembangan berkaitan Najib berkata, walaupun pola sokongan rakyat khususnya orang Melayu semakin positif terhadap UMNO, semua pihak perlu sedar dan insaf kerana ia belum sampai ke tahap mereka boleh berasa bebas daripada sebarang ancaman politik.

Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh kepimpinan dan ahli UMNO supaya menghayati semangat gigih para pejuang UMNO terdahulu.
"Sempena hari ulang tahun ke-64 ini, saya ingin mengajak saudara sekalian dan saya juga mengajak diri saya supaya kembali kepada semangat jitu dan gigih para pejuang UMNO terdahulu.

"Ini supaya di dalam hati sanubari kita akan menyala semangat dan api perjuangan yang akan mengangkat kedudukan kita ke tahap yang lebih kukuh dan mantap," katanya.

Sementara itu, beliau turut membuat peringatan bahawa UMNO sebagai sebuah parti politik yang telah menjadi pemerintah dan memenangi sebanyak 12 pilihan raya umum pasca kemerdekaan kini berdepan dengan pelbagai cabaran.

Justeru katanya, semua pihak perlu mengambil iktibar daripada nasib parti-parti pemerintah di luar negara yang hampir sama usianya dengan UMNO yang kini telah menjadi parti pembangkang.
Sebagai contoh katanya, parti LDP di Jepun telah kehilangan kuasa dan ia disebabkan oleh tiga punca yang mesti diinsafi iaitu:
Berleluasanya politik berpuak sehingga perkara itu lebih diutamakan daripada berkhidmat kepada rakyat.
Mengutamakan kelompok tertentu yang berkepentingan sehingga kehendak dan tuntutan rakyat tidak diberi perhatian.
Tidak mempunyai iltizam politik untuk meneruskan perubahan dalaman sehingga rakyat dan pengundi melihatnya sebagai parti yang jauh daripada hati rakyat, tidak memahami kehendak mereka selain tidak segar mahupun dinamik.

Sunday 25 April 2010

BN KEMBALI TAWAN ULU SELANGOR

Tahniah kepada semua jentera Parti Barisan Nasional (BN)dengan kejayaan dalam kemenangan BN pada pilihanraya kecil Ulu Selangor. BN    -P.Kamalanathan         24,997
                                              PKR  -Datuk Zaid Ibrahim    23,272

                                                          MAJORITI                 1,725
                                                          Peratusan undian         75.87
                                                          Undi rosak                     731

Sunday 11 April 2010

JUARA RAKYAT

Dengan kesedaran tentang kepentingan Teknologi maklumat, UMNO Bahagian Pendang telah mengambil peluang untuk meningkatkan daya kesedaran tentang kepentingan teknologi ini sejajar dengan seruan Kerajaan untuk melahirkan rakyat berkualiti dan bermaklumat. UMNO Bahagian Pendang telah membuat kawasan ZON WIFI PERCUMA untuk keperluan warga Pendang terutama pada golongan Belia di kawasan Pendang untuk menggunakan perhikmatan komputer dan internet secara percuma. Sejajar dengan kehendak Konsep Satu Malaysia, ''RAKYAT DI DAHULUKAN DAN PENCAPAIAN DI UTAMAKAN''.

Tuesday 30 March 2010

KONSEP 1MALAYSIA

Konsep 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk PERPADUAN di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan PELENGKAP kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia.

Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu WAWASAN 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat. menjadi asas kepada semua ini adalah PRINSIP KEADILAN UNTUK SEMUA KAUM, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukan, akan tetap dilaksanakan.

1Malaysia adalah PENERUSAN AGENDA MEMBINA NEGARA untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

"RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Monday 29 March 2010

MASYARAKAT MELAYU DI MALAYSIA

Definisi Melayu


Pemerintah Malaysia mendefinisikan Melayu sebagai penduduk pribumi yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam, dan yang menjalani tradisi dan adat-istiadat Melayu. Tetapi dari segi definisi budaya (cultural definition), Melayu itu merangkumi seluruh penduduk pribumi di Dunia Melayu (Nusantara), yaitu penduduk serumpun tidak kira agama, bahasa, dan adat istiadat masing-masing yang diikuti oleh masing-masing kelompok serumpun tersebut. Walau begaimana pun jua, dalam artikel ini, definisi Melayu mengikuti definisi Pemerintah Malaysia.

Di Malaysia, penduduk pribumi dari keturunan Minang, Jawa, Aceh, Bugis, Mandailing, dll, yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam dan mengikuti adat istiadat Melayu, semuanya dianggap sebagai orang Melayu. Bahkan orang bukan pribumi yang berkawin dengan orang Melayu dan memeluk agama Islam juga diterima sebagai orang Melayu.
Penyebaran penduduk Melayu di Malaysia

Mengikut 1997 Vital Statistics Malaysia Report, penduduk Malaysia semuanya berjumlah hampir 21 juta (jumlah sebenar 20.997.220), dan daripada jumlah tersebut, penduduk Melayu ialah 10,2 juta (48,5 %). Penduduk pribumi lain (termasuk Iban, Kadazan, Melanau, Bidayuh, Murut, dll) berjumlah 2,2 juta (10,5 %). Selebihnya terdiri daripada penduduk bukan pribumi, yaitu orang Tionghoa (5,4 juta – 25,7%), dan orang India, Serani dll (3,1 juta – 14,7%).
Sebagian besar daripada penduduk Melayu (kurang lebih 65%) tinggal di kawasan desa, di kampung-kampung. Pada masa dulu, sebuah kampung Melayu merupakan satu unit politik, satu unit ekonomi, satu unit genealogi, dan satu unit keagamaan. Kini, kewujudan kampong Melayu tidak sepenuhnya memenuhi keempat-empat ciri di atas.

Sistem ekonomi

Bagi orang Melayu yang tinggal di desa, mayoritasnya menjalankan aktivitas pertanian dan menangkap ikan. Aktivitas pertanian termasuk mengusahakan tanaman padi, karet, kelapa sawit, kelapa, dan tanaman campuran (mixed farming). Orang Melayu yang tinggal di kota kebanyakannya bekerja dalam sektor dinas, sebagai pekerja di sektor perindustrian, perdagangan, pengangkutan, dan lain-lain. Penguasaan ekonomi di kalangan orang Melayu perkotaan relatif masih rendah dibandingkan dengan penguasaan ekonomi oleh penduduk non-pribumi, terutamanya orang Tionghoa. Tetapi kini telah ramai orang Melayu yang telah berjaya dalam bidang perniagaan dan menjadi ahli korporat. Ramai yang tinggal di bandar-bandar besar dan mampu memiliki kereta mewah dan rumah banglo. Selain itu itu juga, ramai orang Melayu yang mempunyai pendidikan yang tinggi, samada universitas di dalam maupun di luar negara.

Sistem politik

Sistem politik Melayu adalah musyawarah, musyawarah dijalankan didalam lumbung yang dipimpin oleh ketua atau pemangku adat setempat. Lumbung disini bukan hanya tempat penyimpanan padi atau hasil bumi lainnya, namun juga berfungsi sebagai wadah untuk menyimpan segala aset masyarakat setempat baik yang bergerak maupun yang diam yang ditujukan untuk mengangkat harkat dan martabat hidup pribumi setempat. musyawarah yang dijalankan biasanya membahas mengenai pengelolaan sistem tanah adat berdasarkan budaya dan adat setempat. Sehingga, sistem musyawarah yang dijalankan akan memiliki corak dan karakter yang berbeda antara daerah yang satu dengan yang lainnya. Disini dapat dilihat bahwa suku melayu telah mengenal sistem politik yang egaliter dan mengakar kepada budayanya. maka, tidak mengherankan bahwa suku melayu mempunyai ikatan persaudaraan yang kuat, sebab musyawarah memaknakan adanya tolong-menolong dan kesetiakawanan sosial sebagai suatu permufakatan. Musyawarah juga merupakan sarana dimana rakyat dapat diposisikan untuk membangun aturan-aturan dasar dalam kehidupannya baik pada tatanan nilai maupun pada tatanan norma yang bersumber kepada hukum adat setempat. Sistem musyawarah ini lambat laun hilang diakibatkan hancurnya sistem tanah adat melalui culture stelsel yang diberlakukan oleh kaum penjajah. Hancurnya sistem tanah adat berakibat kepada hilangnya musyawarah dalam kehidupan masyarakat melayu. Hal ini diperparah dengan dipecah belahnya suku melayu yang berada di wilayah Kalimantan Utara dengan kalimantan selatan dengan pendirian federasi malaysia yang dibentuk atas bantuan militer inggris.

Agama dan kepercayaan

Orang Melayu hampir seluruhnya beragama Islam. Namun demikian, sisa-sisa unsur agama Hindu dan animisme masih dapat dilihat dalam sistem kepercayaan mereka. Islam tidak dapat menghapuskan seluruh unsur kepercayaan tersebut. Proses sinkretisme terjadi di mana unsur kepercayaan sebelum Islam ada secara laten atau disesuaikan dengan unsur Islam. Proses ini jelas dapat ditemukan dalam ilmu perbomohan Melayu (pengobatan tradisional), dan dalam beberapa upacara adat.

Adat istiadat

Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur lokal dan unsur luar selaras dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam, dan Barat ke Alam Melayu. Dalam pemerintahan Malaysia, unsur-unsur adat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam dibenarkan. Melalui “principle of co-existence” ini orang Melayu dapat menyesuaikan adat dan agama secara harmonis, walaupun ada aspek-aspek tertentu yang bertentangan tapi terus diamalkan.

Kesenian

Dalam masyarakat Melayu seni dapat dibagi menjadi dua: seni persembahan (tarian, nyanyian, persembahan pentas seperti makyong, wayang kulit, ghazal, hadrah, kuda kepang) dan seni tampak (seni ukir, seni bina, seni hias, pertukangan tangan, tenunan, anyaman dll). Permainan tradisi seperti gasing, wau, congkak, juga termasuk dalam kategori seni persembahan. Kegiatan seni Melayu mempunyai identitas tersendiri yang juga memperlihatkan gabungan berbaga-bagai unsur tempatan dan luar.

Sistem kekeluargaan dan perkawinan

Dari segi kekeluargaan, masyarakat Melayu dibagikan kepada dua kelompok:

• yang mengamalkan sistem kekeluargaan dwisisi (bilateral)

• yang mengamalkan sistem kekeluargaan nasab ibu (matrilineal system)

Tetapi disebabkan kedua-dua kelompok tersebut menganut agama Islam, maka sistem kekeluargaan Melayu itu banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan Islam.

Orang Melayu melakukan perkawinan monogami dan poligami. Bentuk perkawinan endogami (pipit sama pipit, enggang sama enggang), eksogami juga terjadi, malah di sebagian tempat diutamakan. Perkawinan campur juga ada. Semua perkawinan Melayu dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang perkawinan Islam (Mazhab Shafie).

Pendidikan

Sebelum penjajahan, orang Melayu mendapat pendidikan agama. Semasa penjajahan, peluang pendidikan sekular adalah terbatas, dan lebih terpusat di daerah perkotaan. Pendidikan sekular hanya dikembangkan selepas merdeka. Kini, pendidikan sekular menjadi saluran mobilitas sosial yang utama di kalangan orang Melayu. Kewujudan kelas menengah Melayu di Malaysia paling utamanya melalui saluran pendidikan.

Bahasa Melayu

Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar di semua institusi pengajian awam di Malaysia. Bahasa Melayu yang menjadi lingua franca penduduk Dunia Melayu (Nusantara) sejak sekian lama juga telah dipilih oleh pemerintah Indonesia menjadi bahasa resmi negara tersebut.