Wednesday 23 June 2010

RMK 10 Tumpuan Pada Golongan Belia Negara


Saranan dari Ahli Parlimen Jerai Mohd Fairus Jaafar supaya kerajaan menyediakan peruntukan yang khusus bagi pembangunan akhlak golongan belia sepatutnya disambut baik oleh semua pihak. Saranannya baik sekali kerana golongan ini banyak dilihat sebagai tsunami yang banyak mendatangkan kerosakan dalam masyarakat.

Kerajaan Negeri Kedah sepatutnya menjadikan nasihat dari YB Jerai ini untuk dilaksanakan secepat yang mungkin. Mengapa tunggu sehingga RMK10? Mengapa Kerajaan Pas sendiri tidak mulakan bagi merealisasikan 'cadangan murni' YB Jerainya. Apatah lagi MB pun dari Daerah Yan dimana terletaknya Gunung Jerai yang telah diperindahkan oleh Kerajaan PAS selepas mengambil alih, serta menjadi kawasan sunyi yang paling strategik untuk dara dan teruna Daerah Yan khususnya untuk memadu kasih di puncak Jerai. Hebatkan!!!? Kerana kesedaran inilah maka YB Jerai cuba mencari 'keperluan' dari Kerajaan Persekutuan supaya dana khusus dapat disalurkan nanti untuk beliau membersihkan maksiat yang telah tersilap diberi laluan oleh Kerajaan PAS melalui MBnya.

Atau mungkinkah YB Jerai juga sudah terkejut dengan insiden pelajar wanita yang mati mengejut di resort dalam Negeri Kelantan Serambi Mekah. sedangkan pelajar itu adalah dari pelajar sekolah agama yang mendapat bantuan penuh dari Kerajaan PAS yang memperjuangkan Islam. Manakala sekolah agama terbabait juga tentunya sudah mendapat restu dan pengiktirafan dari Mursyidul Am PAS sebagai sekolah yang mendokong saranannya untuk mencegah kekufuran manusia dalam agama Islam.
Satu lagi yang menarik juga ialah saranan YB Jerai yang mahukan kuota imam muda dari kalangan 'hafiz' ditambah di masjid-masjid. Juga sebenarnya satu saranan yang mulia apabila beliau menyedari bahawa Kerajaan PAS Negeri Kedah sudah ketinggalan dengan apa yang telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat bahawa rakyat yang hafaz Al-Quran akan diberikan RM2000 sebulan. Tetapi jika Kerajaan Negeri mahu menambah elaun tersebut memanglah dialu-alukan. Kerana ia akan mampu menarik golongan belia remaja ke masjid.
Jadi tidak ada salahnya cadangan dari YB Jerai, kerana beliau perihatin dengan kesejahteraan rakyat tetapi kurang reti dengan masalah Kerajaan PAS Negeri Kedah yang lembab. Tahniah!!!

No comments:

Post a Comment